Followers

Thursday, 31 March 2011

Program Sekolah Angkat : Part 1

Tanggal 27 Mac 2011, Titian Budi 2011 yang berjaya telah pergi ke sekolah angkat kami untuk sesi yang pertama...1 bas, 5 kereta dan 1 motor (sebab bangun lambat) telah bergerak ke Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan pada awal-awal pagi selepas Subuh (hahaha...bkn2, pukul 7.30 a.m macam tu)...

Berkumpul di V2 Cafe :)

Rombongan Cik Kiah sampai ke SMA Maahad Al-Mizan :P

Penunggang motosikal (akibat bangun lambat! hahaha :P)

Project Manager bersama Presiden MPPUTP melawat kawasan :)

jualan buku buat adik-adik yang suka membaca :D

kakak-kakak fasi yang cantik jelita :D

sampai-sampai, Professor Madya Dr. Syamsul Rahman bin M Kutti, pensyarah Civil Engineering sedang memberikan motivasi talk kepada students Maahad Al-Mizan....menceritakan tentang alam semesta beserta kejadian tuhan yang menakjubkan...para pelajar mendengar dengan khusyuk walaupun di awal pagi...


menunjukkan bentuk alam semesta ciptaan Allah S.W.T

adik-adik yang khusyuk mendengar (sambil melihat kamera =,= ) 

haaa yang ni baru betul-betul khusyuk nih...hihihi

interaction with audience :D

not to forget the beautiful girls right there :D

Sarapan Pagi :)

selepas itu, para pelajar dihiburkan dengan aktiviti 'Energizer' by Abang Hamzah (MPPUTP) dan Abang Minol (APM1 TB 2011)...

Duduk tegak!! 

abang-abang Form 5 menunjukkan bakat

err..not really sure what they are doing

Abang Hamzah turun padang! terima kasih banyak-banyak :D

adik-adik tingkatan 5

tak lupa adik-adik tingkatan 3 :)

kakak-kakak fasi di belakang :D

see, they are just as crazy as we are when it comes to CAMERA! :) 

saya anak yang bagus *tepuk-tepuk bahu sendiri* 

adik-adik lelaki pun ada juga yaa :)

Selepas energizer, adik-adik diperkenalkan dengan barisan fasi-fasi yang cantik manis dan kacak bergaya :D

barisan HICOM :)

and all other departments






Modul Pertama yang dinamakan 'Mari Bersama' di mana para pelajar dan fasi dibahagikan mengikut persamaan masing-masing...aktiviti menarik ini bertambah menarik dengan ke'sporting'an adik-adik :D

masing-masing ambil tempat..PM pun join gak :D

hos kita pada hari ini~ :D

Cameraman pun kena jugak ey =,= adey~

P.E.A.C.E!

Seterusnya para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing...Modul kedua iaitu 'Taaruf Postmen' telah diadakan iaitu cara berkenalan yang agak luar biasa di mana para peserta haruslah meniru cara orang yang mengenalkan diri sebelumnya :) 

Berkenalan :D

Modul Ketiga ialah 'Kotak Hati' di mana para pelajar menuliskan masalah mereka di atas sekeping kertas dan diberikan kepada fasi-fasi untuk membincangkan masalah mereka...berbagai-bagai masalah telah kami terima dan telah berjaya kami bincangkan untuk membantu adik-adik berjaya di masa akan datang :)

Modul Keempat dinamakan 'Layar Kehidupan' di mana adik-adik melakonkan keadaan kehidupan mereka 10 tahun akan datang...semasa menjalankan modul ini, sifat kelakar dan full of confidence telah ditunjukkan oleh adik-adik semua...TAHNIAH!

perbincangan untuk lakonan yang mantop!

berlakon jadi kaunselor :)

barisan pelakon-pelakon handalan :D

1 keluarga bahagia :D

the writer with adik-adik fasi (hahaha...nak jugak!!! :P )

Selepas tamat modul, para pelajar dan fasi telah pergi ke dewan untuk menjalankan yang terakhir yang dinamakan 'Watikah Impian' di mana adik-adik menulis impian yang mereka inginkan dalam sehelai kertas dan meletakkan bekas impian itu di hadapan kelas supaya adik-adik dapat melihat impian mereka setiap kali mereka berada di dalam kelas...kakak-kakak dan abang-abang mengharapkan ini akan menjadi catalyst kepada adik-adik semua....

makan, makan, makan

nak ikut balik ke?? belajar rajin-rajin dulu ok :)
sempat lagi diorang bergambar...hehee~

tulis, tulis watikah impian :)

insya-Allah akan tercapai impianmu :D

Akhir sekali, Majlis Perasmian Sekolah Angkat Titian Budi telah diadakan dan ini menandakan berakhirnya Program Sekolah Angkat Part I :)

PM bagi ucapan :)

penyerahan watikah impian

nasyid sekolah :) 

insya-Allah selepas ini, kami akan berkunjung lagi ke sekolah tersebut...sekarang ini, sudah merasai kerinduan terhadap adik-adik di sana...semoga kita bertemu lagi di bulan hadapan insya-Allah :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More